MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN KALI KE 6

2009-08-24 13:41

Pada 23 Ogos yang lalu bersamaan 2 Ramadhan 1430 h , telah diadakan Muktamar Tahunan kali ke-6 yang berlangsung di Dewan Rahman Talib. Tema yang digunakan pada muktamar pada kali ini adalah "Setengah Dekat Meniti Perjuangan" sempena 5 tahun, bergeraknya PPI di medan UPSI. Sambutan yang ditunjukkan ahli amatlah memberasangkan dengan kehadiran hadirin yang memenuhi Dewan Rahman Talib termasuk para pemerhati luar dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas daripada Palapes. Muktamar kali ini amat bermakna kerana dianggap sebagai penanda aras kepada kemajuan dan pergerakan PPI selama ini. Hal ini kerana dengan kemasukan pelajar baru PI sebanyak 250 orang serta terbukanya keahlian kepada semua pelajar UPSI tanpa mengira aliran studi secara rasmi. Selain itu pembubaran AJK lama serta perlantikan daripada undian untuk AJK baru juga memeriahkan lagi persidangan kali ini dengan kelihatan banyak muka-muka baru yang menganggotai AJK baru PPI. Semoga dengan AJK dan muka-muka baru ini mampu menjadikan PPI bergelak dengan lebih efisien serta mampu bertahan dalam medan UPSI yang serba mencabar ini.

Tags:

iluvislam

Contact

Persatuan Pendidikan Islam UPSI

Persatuan Pendidikan Islam,
Bilik Persatuan,
Bangunan Bitarasiswa,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Search site

Poll

Pada pandangan anda, wajarkah pemakaian hijab/ purdah bagi kaum hawa di UPSI diluluskan?

TOKOH PERJUANGAN ISLAM 

  

 

As-Syahied Syeikh Ahmad Yassin

Bapa Intifadhah Palestin

HINDARI DOSA

 

"Jangan kamu turuti jejak Syaitan"

( Al-Quran Al-Kareem )

© 2009 Semua Hak Cipta Terpelihara ( PPIUPSI 09 )

Free website :: Webnode

Designed and Powered by : Wan Al-Upehi Al-Mashoori