

Selamat datang ke laman web Persatuan Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris atau ringkasnya ( PPIUPSI ). Laman ini mengajak anda untuk mengenali PPIUPSI secara lebih dekat lagi selain mengetahui berita-berita dan perkembangan semasa PPIUPSI dengan lebih tepat dan terkini. Anda juga boleh melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PPIUPSI sama ada melalui laporan bertulis mahupun bergambar serta menyertai perbahasan isu-isu semasa yang berkait dengan Islam. Sekiranya wujud sebarang kekurangan dan kelemahan, mohon teguran yang manfaat untuk semua. Diharapkan semoga anda bergembira semasa melayari laman web ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada kelemahan dan kekurangan diri.
Wallahua'alam
PRESIDEN PERSATUAN PENDIDIKAN...
—————
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin yang merupakan mantan Timbalan Presiden sesi lepas dan juga buat keluarga Allahyarham Mohd Faizol bin Abdul Syukor. Moga roh kedua-dua Allahyarham di tempatkan dalam kalangan para syuhada' dan solehin ....
Assalamualaikum… Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita telah dibekalkan dengan dua nikmat yang terbesar bagi seseorang manusia iaitu nikmat iman dan islam yang tiada tolok bandingan nilainya. Yang mana dua nikmat yang terbesar inilah membuatkan...
—————
—————
|
Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram.
Keterangan/Hujah:
1. LATAR BELAKANG DAN ISU
1.1 Di antara keunikan masyakat Malaysia ialah berbilang kaum dicirikan oleh agama , bahasa dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi
1.2 Dalam perlembagaan Malaysia ,Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain bebas untuk di amalkan.
1.3 Konsep kongsi kuasa dan pengekalan keharmonian sesame warganegara adalah beberapa alasan untuk mewajarkan suasana sama-sama menyambut hari kebesaran agama-agama lain.
1.4 Persoalannya adakah atas roh toleransi sehingga dibuka seluas luasnya pintu pemisah dalam soal-soal aqidah dan adakah alasan siasah syariah menjadi penyebab terjadinya kongsi raya .
2. KONSEP ASAL WALA" DAN BARA"
Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala" kepada Islam dan
Barra" dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Ini dapat diambil daripada ayat-ayat berikut.
2.1 Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam
ومن احسن قولا ممن دعا الى الله و عمل صالحا و قال اننى
من المسلمين
(فصلت 33)
Bermaksud : Siapakah yang lebih baik perkataanya daripaad orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin.
2.2 Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:-
اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين انعمت عليهم
غير المغضوب عليهم ولا الضالين
(الفاتحة 7 6)
Bermaksud : Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.
2.3 Terdapat beberapa ayat Al Quran dan As Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهواء الذين لا يعلمون
(الجاثية 18)
Bermaksud : Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.
ولئن اتبعت اهواءهم بعد ما جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا واق
(الرعد 37)
Bermaksud : Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa ) Allah.
و لاتكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات
(ال عمران 105)
Bermaksud : Janganlah kamu menjadi seperti oarng-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.
2.4 Menyerupai dan menyertai orang-orang kafir termasuk perayaannya merupakan bukti kepada menyayangi dan mengasihi orang-orang kafir dan perbuatan ini menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin البرأة daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik dan mengasihi orang-orang kafir seperti firman Allah
يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء
بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
(المائدة 51)
Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpon di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di jalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka.
لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الاخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آباءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم
(المجادلة 22 )
Bermaksud : Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya , sekalipuh orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau anggota keluarga mereka.
2.5 Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata
المشابهة تورث المودة والمحبة والموالاة فى الباطن , كما أن المحبة فى الباطن تورث المشابهة فى الظاهر
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 198 )
Mafhumnya : Peniruan dan penyerupaan mewarisi rasa kasih sayang dan ketaatan di dalam batin seperti mana kasih sayang di batin mewariskan penyerupaan luaran.
Ketika memberi komentar terhadap ayat Al-Mujadilah di atas beliau mengatakan:-
فأخبر سبحانه أنه لا يوجد مؤمن يواد كافرا فمن واد الكفار فليس بمؤمن والمشابهة الظاهرة مظنة المودة فتكون محرمة
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 199 )
Mafhumnya : Maka pada ayat berkenaan Allah SWT menegaskan tidak patut seorang mukmin mengasihi seorang kafir maka barangsiapa mengasihi orang kafir maka sebenarnya ia bukan seorang mukmin dan penyerupaan yang zahir kasih sayang dan ia adalah haram.
Hadith Rasulullah S.A.W.
من تشبه بقوم فهو منهم
Mafhumnya : barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan .
Takhrij hadith
أخرجه أبو داود فى اللباس و احمد , وجود اسناده شيخ الاسلام فى الاقتضاء وعضده الحافظ فى الفتح بمرسل حسن الاسناد و حسنه السيوطى و صححه الألبانى
Komentar terhadap hadith di atas
Syeikh Islam Ibn Taimiyyah berpendapat
وهذا الحديث أقل احواله أن يقتضى تحريم التشبه بهم وان كان ظاهره كفر المتشبه بهم كما فى قوله تعالى (ومن يتولهم منكم فانه منهم)
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 75 )
Mafhumnya : Pada hadith ini membawa pengertian bahawa seringan-ringan hokum adalah dalil pengharaman tasyabbuh walaupun pada zahir hadith ini menunjukkan makna kufur orang yang meniru atau menyerupai orang-orang kafir seperti yang difahamkan dari ayat yang bermaksud barang siapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka ia tersendiri akan tergolong dalam kalangan mereka.
Beliau juga menyebut
ان من اصل دروس دين الله وشرائعه و ظهور الكفر والمعاصى التشبه بالكافرين كما أن أصل كل خير المحافظة على سنن الأنبياء و شرائعهم
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 103 )
Mafhumnya : Sesungguhnya antara factor utama hapusnya agama Allah serta syariatnya dan muncul kekufuran serta kemaksiatan adalah sikap tasyabbuh dengan orang-orang kafir sepertimana asal setiap kebaikan itu ialah bersungguh-sungguh menjaga sunnah Anbia" dan syariat mereka.
San"ani pula berkata
فاذا تشبه بالكافرين فى زى و اعتقد ان يكون بذلك مثله كفر فان لم يعتقد ففيه خلاف بين الفقهاء : منهم من قال يكفر وهو ظاهر الحديث ومنهم من قال لا يكفر ؛ ولكن يؤدب
(سبل السلام)
Mafumnya : Apabila seseorang meniru atau menyerupai pakaian orang kafir dan ia beri"tiqad bahawa ia menyerupai si kafir itu maka hukumnya adalah ia jatuh kafir tetapi jika ia tidak beri"tiqad begitu maka berlaku khilaf di kalangan fuqaha" : ada di kalangan mereka mengatakan tetap kufur berdasar makna zahir l hadith dan ada di kalangan mereka menghukumkan tidak kufur tetapi hendaklah dihukum .
3. KEWAJIPAN ORANG ISLAM AGAR TIDAK MENGHADIRI PERAYAAN MEREKA
Larangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-
3.1 Seluruh dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini.
3.2 Ijma" yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir. Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha" selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini. Rujuk (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 109 و110 )
3.3 Kata-kata Saidina Umar r.a.
وروى البيهقى باسناد صحيح فى باب كراهة الدخول على اهل الذمة فى كنائسهم و التشبه بهم يوم نيروزهم و مهرجانهم : عن سفيان الثورى عن ثور بن يزيد عن عطاء بن دينار قال قال عمر :
لا تتعلموا رطانة الأعاجم و لاتدخلوا على المشركين فى كنائسهم يوم
عيدهم فان السخطة تنزل عليهم
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 )
Bermaksud : Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A"jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.
Catatan : Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut :-
i)Larangan menuturkan perkataan-perkataan A"jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.
ii)Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam.
(Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh di dapati
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 180 185 )
3.4 Kata-kata Abdullah b. Umar r.a.
وروى بإسناد صحيح عن أبى أسامة حدثنا عون عن أبى المغيرة عن عبد الله ابن عمرو قال :
من بنى ببلاد الأعاجم فصنع نيروزهم ومهرجانهم و تشبه بهم حتى يموت وهو كذالك حشر معهم يوم القيامة
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 185 )
Mafhumnya : Barangsiapa yang menetap di Negara A"Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari qiamat.
3.5 Ketika memberi komentar terhadap kata-kata Saidina Umar r.a. di atas, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata:
هذا عمر نهى عن تعلم لسانهم وعن مجرد دخول الكنيسة عليهم يوم عيدهم فكيف يفعل بعض افعالهم , او فعل ما هو من مقتضيات دينهم ؟
اليس موافقتهم فى العمل أعظم من الموافقة فى اللغة ؟ اوليس عمل بعض اعمال عيدهم أعظم من مجرد الدخول عليهم فى دينهم ؟ واذا كان السخط ينزل عليهم يوم عيدهم بسبب عملهم فمن يشركهم فى العمل أو بعضه اليس قد تعرض لعقوبة ذلك
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )
Mafhumnya : Umar dengan tegas melarang sekadar untuk mempelajari bahasa mereka (di baca bersama catatan di atas ) dan sekadar memasuki gereja mereka pada hari kebesaran mereka bagaimana pula keadaannya jika melakukan perbuatan-perbuatan mereka ataupun melakukan perbuatan yang merupakan tuntutan agama bagi mereka.Bukankan penyerupaan mereka dalam hal amalan lebih besar dari penyerupaan dari sudut bahasa ?Bukankah penyerupaan dari sudut amalan pada hari kebesaran mereka lbih besar dari sekadar masuk ke gereja mereka?Apabila kemurkaan Allah menimpa mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan aktiviti perayaan mereka , adakah mustahil orang-orang yang menyertai mereka juga terdedah untuk menerima kemurkaan yang serupa.
3.6 Beliau seterusnya memberi komentar terhadap kata-kata Ibnu Umar dengan menegaskan
(وحشر معهم ) فقال : وهذا يقتضى أنه جعله كافرا بمشاركتهم فى مجموع هذه الأمور أو جعل ذلك من الكبائر الموجبة للنار وان كان الأول ظاهر لفظه
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )
Bermaksud : (dihimpunkan brsama mereka ) Ungkapan ini menuntut hokum kafir dengan menyertai mereka dalam urusan-urusan perayaan mereka atau pun ia adalah satu dosa besar yang akan menjerumuskan ke dalam neraka walaupun pada zahirnya ia lebih sesuai dimaknakan kepada kepada tefsiran yang pertama.
4. LARANGAN MENYERUPAI PERBUATAN MEREKA
Umat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:-
4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah
لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم لا من طعام و لالباس و لا إغتسال ولا إيقاد النيران و لا تبطيل عادة معيشة أو عبادة أو غير ذلك
و لا يحل فعل وليمة و لا الإهداء و لا البيع بما يستعان به على ذلك لأجل ذلك و لاتمكين الصبيان و نحوهم من اللعب الذى فى الأعياد و لا إظهار زينة و بالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه مجموع الفتاوى دار الك
Keputusan:
Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah..
Mutiara Kata: "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan"
|
Mutiara kata "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" |
EXCO HELWI
Assalamualaikum...
Kepada sahabat sekalian, di sini kami ingin berkongsi satu kisah yang sangat menarik buat tatapan anda. Ianya berkisar mengenai kisah isteri yang di azab Allah swt kerana dosanya terhadat suami. sama-sama kita hayati kisah ini semoga ianya menjadi pengajaran dan tauladan buat kita semua. InsyaAllah.
AZAB ISTERI CURANG KEPADA SUAMI

Sila rujuk bahagian muslimat.

SEDARLAH REMAJA ISLAM
Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).
Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.
Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki.
Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat Palestin, I
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.
Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Sumber : Cik Hijau , www.iLuvislam.com
Sambungan artikal : Sila lihat di bahagian Muslimat
Persatuan Pendidikan Islam UPSI
Persatuan Pendidikan Islam,

As-Syahied Syeikh Ahmad Yassin
Bapa Intifadhah Palestin

"Jangan kamu turuti jejak Syaitan"
( Al-Quran Al-Kareem )

MARILAH BERSAMA-SAMA KITA SELAKU MUKMIN DAN MUKMINAT MENJAGA TATASUSILA DIRI DENGAN BAIK
MENGHINDARI DARIPADA MELAKUKAN PERGAULAN BEBAS
" Amar Ma'ruf, Nahi Munkar "
| Date | 2010-03-06 |
| By | no name |
| Subject | Bendahari PPi...salam |
Kepada bendahari ppiupsi atau sesiapa yang kenal bendahari ppiupsi silaa bagi no tpo anda pada sy, 019-4475973 sms sahaja.
sy ader hajat yang belum tertunai...untuk menyempurnakan hajat itu, harap bendahari dapat memberi kerjasama secepat mungkin...salam kemaafan sekiranya menyusahkan...bekas ahli ppiupsi 2007-2008...salam
—————
| Date | 2010-01-22 |
| By | PPI |
| Subject | improve our site |
let's improve this site with some cheerful colour n info.not like 'rumah hantu'
Free website :: Webnode