
PEMBERITAHUAN KEPADA PENGUNJUNG
Kepada pengunjung yang dihormati sekalian, bagi setiap soalan yang dikemukakan dalam laman ini akan mengambil sedikit masa untuk di jawab. Segala kesulitan dan kelambatan amatlah dikesali dan kami memohon maaf atas kelewatan ini.
Pahala diukur ketika mula berwuduk hingga selesai menunaikan sembahyang di masjid Daripada Jabir bin 'Abdullah, dia berkata: "Bani Salimah ingin berpindah supaya lebih hampir dengan masjid, lantas menyatakan bahawa tempat itu banyak kosong. Ini sebagaimana sabda Rasulullah daripada Abu Umamah yang bermaksud: "Barang siapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci (berwuduk) menuju solat wajib (dengan berjemaah) maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan haji dengan memakai ihram." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud) Rugi tak rebut ganjaran berlipat ganda bersolat jemaah
PEMBINAAN masjid yang besar demi memenuhi keperluan beribadat umat Islam sayangnya tidak menzahirkan gambaran diharapkan apabila jumlah mereka yang bersolat secara berjemaah tidak sepadan dengan keluasan masjid itu.
Ada masjid yang boleh menampung ribuan jemaah tetapi apabila tiba waktu solat fardu, bilangan jemaah hanya sekadar dua atau tiga saf saja sedangkan solat secara berjemaah memiliki pelbagai keutamaan besar dan menyeluruh.
Banyak keutamaan solat berjemaah antaranya keutamaan ketika perjalanan ke masjid.
Bekas perjalanan bagi mereka yang menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah akan dihitung dan dibalas dengan ganjaran pahala.
Maka sampailah berita itu kepada Nabi SAW lalu, Baginda bersabda: Hai Bani Salimah! Tetaplah di rumah kalian, sesungguhnya akan dicatat bekas perjalanan kalian (ke masjid). Mereka berkata: Tidaklah menyenangkan bagi kami, kalau kami berpindah." (Hadis riwayat Muslim)
Tambahan lagi langkah perjalanan menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah itu dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat seseorang manusia di sisi Allah. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang mana Allah akan menghapuskan dosa dengannya dan terangkat beberapa darjat? Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakanlah wuduk pada saat cuaca sangat dingin, perbanyakkanlah melangkah menuju masjid, dan menunggu selepas solat. Demikianlah itu bagi kalian pertalian." (Hadis riwayat Muslim)
Orang yang keluar menuju masjid dalam keadaan berwuduk untuk mengerjakan solat berjemaah akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji dan juga dianggap melakukan solat daripada permulaan perjalanannya hingga dia kembali ke rumahnya.
Allah juga menyediakan syurga bagi orang yang pergi dan pulang dari masjid. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedua ialah keutamaan ketika berada dalam masjid dan mengerjakan solat secara berjemaah. Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan insan untuk berasa bangga jika menjadi tetamu kepada orang kenamaan seperti Sultan atau Perdana Menteri.
Namun, begitu ramai kurang memahami dengan menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat secara berjemaah kita sebenarnya sedang menjadi tetamu Allah.
Masjid adalah rumah Allah dan tentu sekali sebagai tuan rumah, Allah memuliakan tetamu-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berwuduk dalam rumahnya dan menyempurnakan wuduknya kemudian pergi ke masjid maka dia adalah tetamu Allah dan kewajipan bagi yang dikunjungi untuk memuliakan yang mengunjungi."
Apabila seseorang itu berada dalam masjid untuk menunggu masuknya waktu solat sesungguhnya dia mendapat pahala seperti berada dalam keadaan bersolat di sisi Allah dan malaikat pula sentiasa mendoakan keampunan serta rahmat baginya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seseorang daripada kalian yang menunggu waktu solat, (dia berada) dalam solat selama tidak batal, maka malaikat mendoakan baginya: Ya Allah, ampunkan dia, ya Allah rahmatilah dia." (Hadis riwayat Muslim)
Mengerjakan solat berjemaah memiliki keutamaan berlipat ganda jika dibandingkan solat sendirian. Daripada 'Abdullah bin 'Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat." (Hadis riwayat Bukhari)
Di samping itu, keutamaan solat berjemaah juga bertambah dengan jumlah orang bersolat. Semakin ramai makmum maka semakin tinggi nilai pahala diperoleh oleh semua makmum.
Daripada Ubai bin Ka'ab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya solat seseorang bersama seseorang lebih utama daripada solatnya sendirian, dan solatnya bersama dua orang, lebih utama daripada solatnya dengan seorang dan jumlah yang lebih banyak, maka itulah yang lebih disukai oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)
Allah juga memberi perlindungan daripada syaitan kepada mereka yang mengerjakan solat berjemaah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu bagaikan serigala bagi manusia seperti serigala bagi kambing, yang menjadikan kambing yang di dalam keadaan sendirian dan lalai sebagai mangsa, maka waspadalah kalian daripada bersendirian dan wajib bagi kalian untuk berjemaah dan pergi ke masjid." (Hadis riwayat Ahmad)
Sesiapa yang mendapatkan takbir yang pertama bersama imam selama 40 hari berturut-turut maka Allah membebaskannya daripada api neraka dan kemunafikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang solat kerana Allah selama 40 hari di dalam jemaah dengan mengikuti takbir yang pertama, ditulis baginya dua kebebasan, iaitu bebas daripada api neraka dan kemunafikan." (Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Keutamaan solat berjemaah ada yang berlanjutan sehingga tiba di rumah seperti pahala banyak dan disediakan tempat baginya di syurga.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kalian berwuduk di rumahnya kemudian datang ke masjid adalah dia berada dalam solat sampai dia pulang."
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kelebihan dan keutamaan solat jemaah yang menjanjikan banyak kebaikan sewajarnya menjadi aspirasi bagi kita semua untuk mengerjakan solat secara berjemaah.
Rundingan boleh kekal kesepakatan kerana semua wakil berpeluang beri pendapat Mesyuarat membolehkan semua pihak mengeluarkan pendapat dan saranan tertentu yang ada kalanya berbeza antara satu sama lain. Ahli mesyuarat akan mendengar, membuat pertimbangan dan kemudian membuat pemerhatian, bantahan serta saranan tambahan sebelum membuat sebarang keputusan. Biarpun ayat itu ditujukan khusus kepada umat Islam Makkah pada zaman Rasulullah SAW supaya mereka sentiasa berhati-hati mengambil tindakan dalam pentadbiran kerajaan, ia juga bertepatan dengan mukjizat al-Quran yang sesuatu untuk semua zaman. Syura cara terbaik melerai kekusutan sosial
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
MUTAKHIR ini negara dihadapkan dengan pelbagai krisis terutamanya politik dan ekonomi yang tidak begitu stabil. Dalam hal ini Islam sentiasa menyeru pemimpin serta pendukung sesebuah komuniti supaya memikirkan kepentingan dan maslahat masyarakat apabila mengambil sebarang tindakan daripada permasalahan yang timbul.
Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu. Oleh itu, maafkan mereka (kesalahan mereka terhadap kamu) dan pohonlah keampunan bagi mereka. Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159)
Bagi mendapatkan resolusi yang tepat, sempurna, adil dan saksama, musyawarah atau dalam bahasa Melayunya disebut mesyuarat harus menjadi agenda utama untuk mengekalkan permuafakatan insan dalam banyak hal.
Pihak dan individu yang berkepentingan dalam isu tertentu perlu bermesyuarat bagi mencari kata sepakat serta keputusan terbaik untuk diguna pakai dalam tindakan lanjut yang akan diambil kemudian.
Syura atau mesyuarat adalah kaedah terbaik yang disarankan al-Quran dalam mengekalkan keharmonian hidup tanpa mengira status manusia. Tanpa mesyuarat sudah tentu akan timbul rasa curiga, tidak puas hati, perselisihan faham dan pergaduhan yang bakal merosakkan hubungan sesama manusia yang sedia terjalin.
Melihat kepada pentingnya syura, maka Allah menamakan salah satu daripada surah al-Quran dengan nama al-Syura. Melalui surah ini diceritakan pentingnya persefahaman dan permuafakatan yang perlu wujud antara semua penghuni di muka bumi ini kerana tanpa perpaduan dan kemakmuran yang dilahirkan daripada keharmonian, sudah tentu masyarakat akan menjadi kucar-kacir, maka berlaku kerosakan di bumi Allah ini.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik) bagi orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang kami berikan kepadanya." (Surah al-Syura, ayat 38)
Justeru, seluruh umat Islam di dunia perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kepentingan syura kerana kebaikan serta hikmah di sebalik perintah melakukannya adalah meliputi kepentingan hidup manusia sejagat.
Oleh kerana syura yang disebut dalam al-Quran bersifat umum, ia bersesuaian dengan semua perkara membabitkan kepentingan umum sama ada merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Syura memainkan fungsi penting bagi meleraikan sebarang kekusutan yang mungkin timbul daripada percanggahan fahaman dan pendapat di kalangan manusia keseluruhannya.
Beberapa contoh syura Rasulullah SAW dengan sahabat, Baginda bermesyuarat dengan mereka untuk keluar menemui musuh di Badar iaitu Abu Sufian dan rombongannya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Syam.
Begitu juga dengan mesyuarat antara Baginda dan sahabatnya selepas menerima berita pertembungan rombongan orang Islam Makkah dengan Abu Sufian hingga tercetusnya peperangan.
Jelas dalam banyak keadaan lain pun, Rasulullah SAW sentiasa mendahulukan konsep syura bagi mendapatkan pandangan daripada sahabat, mencari kata putus dan memilih tindakan terakhir apabila mesyuarat bersetuju memilih apa-apa keputusan berkaitan sesuatu hal berbangkit.
Jika contoh itu ditunjukkan junjungan mulia Rasulullah SAW, maka wajar jika kita sentiasa mengamalkan sunnah yang begitu bernilai dan penting dalam menyelesaikan apa juga kemelut, percanggahan serta persoalan timbul supaya tindakan diambil bertepatan dengan asas yang diputuskan pada mesyuarat diadakan.
Sesuai dengan keadaan mutakhir ini yang dihadapkan pelbagai konflik dan salah faham, maka semua pihak terutama pemimpin di segenap lapisan daripada pelbagai fahaman agama dan bangsa perlu meletakkan rundingan sebagai paksi utama bagi mencari persepakatan.
Persatuan Pendidikan Islam UPSI
Persatuan Pendidikan Islam,

As-Syahied Syeikh Ahmad Yassin
Bapa Intifadhah Palestin

"Jangan kamu turuti jejak Syaitan"
( Al-Quran Al-Kareem )
| Date | 2009-04-14 |
| By | srikandi |
| Subject | program mari mengajar. |
asif, terlupa pulak. kami dari persatuan bahasa arab. http//pbaupsi.net.
—————
| Date | 2009-04-14 |
| By | salam. |
| Subject | program mari mengajar. |
kepada PPI ,kami mohon izin untuk promosi program mari mengajar. insyaAllah kaunter akan dibuka jumaat ni(17/5) di bitara n perpustakaan. sebarang maklumat lanjut bolehla tujukan di kaunter tersebut dan juga melalui web kami. sekian. syukran.sebar2 kan la ye. sekali lagi syukron. :)
—————
| Date | 2009-04-04 |
| By | mencari sinar |
| Subject | usrah |
ustaz, saya masih tertanya2 apa pentingnya usrah..saya masih kurang faham mengenainya..
—————
| Date | 2009-02-07 |
| By | cikgu_musykil |
| Subject | solat jemaah |
ustaz,
saya merupakan pelajar sem 4, saya pernah terbaca tentang senarai 70 dosa-dosa besar. dalam senarai itu mengatakan meninggalkan solat jemaah merupakan dosa besar. saya musykil tentang kenyataan itu. benarkah meninggalkan solat jemaah merupakan dosa besar..?
—————
| Date | 2009-03-18 |
| By | sahabat |
| Subject | Re: solat jemaah |
kemusykilan saudara hanya akan terjawab sekiranya kita kembali kepada Al-quran dan As-sunnah dalam erti kata memahami pengertian sebenar ibadah..hubungi saya di sanbiya@yahoo.com untuk diskusi mengenai hal ini..
—————
| Date | 2009-01-11 |
| By | Wan |
| Subject | Qunut Nazilah |
Assalamualaikum...
Apakah qunut nazilah dan bagaimanakah pelaksanaannya?
Create free site :: Webnode