

Selamat datang ke laman web Persatuan Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris atau ringkasnya ( PPIUPSI ). Laman ini mengajak anda untuk mengenali PPIUPSI secara lebih dekat lagi selain mengetahui berita-berita dan perkembangan semasa PPIUPSI dengan lebih tepat dan terkini. Anda juga boleh melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PPIUPSI sama ada melalui laporan bertulis mahupun bergambar serta menyertai perbahasan isu-isu semasa yang berkait dengan Islam. Sekiranya wujud sebarang kekurangan dan kelemahan, mohon teguran yang manfaat untuk semua. Diharapkan semoga anda bergembira semasa melayari laman web ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada kelemahan dan kekurangan diri.
Wallahua'alam
Alhamdulillah.. Akhirnya selesai sudah minggu-minggu peperiksaan yang memeningkan kepala. Setelah berhempas-pulas mengulangkaji pelajaran, membelek nota, menghafal dan berdiskusi sesama kawan-kawan, kini tiba pula masa untuk bercuti. Walaupun cuti hanya sebulan 2 minggu sahaja, namun itu sudah...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda, serta para-para sahabat iaitu generasi awal yang bersama-sama Rasulullah saw mendokong agama Islam sehingga tersebarluas...
—————
|
TOKOH INTELEKTUAL ISLAM



Prof. Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi
Syeikh Yusuf al-Qaradawi (bahasa Arab: يوسف القرضاوي) merupakan seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.
Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).
Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan berjumlah 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.
Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau telah aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad.
Sumber Wikipedia Resourse

Artikel Penuh : Sila Rujuk Bahagian Muslimat
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.
Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Sumber : Cik Hijau , www.iLuvislam.com
Sambungan artikal : Sila lihat di bahagian Muslimat

Artikal penuh : Sila Rujuk Info Ad-Din bahagian Tarbiyyah


Persatuan Pendidikan Islam UPSI
Persatuan Pendidikan Islam,

As-Syahied Syeikh Ahmad Yassin
Bapa Intifadhah Palestin

"Jangan kamu turuti jejak Syaitan"
( Al-Quran Al-Kareem )
Para pengunjung boleh menyaksikan ceramah Ustaz Shamsul di ruangan Kuliyyah

MARILAH BERSAMA-SAMA KITA SELAKU MUKMIN DAN MUKMINAT MENJAGA TATASUSILA DIRI DENGAN BAIK
MENGHINDARI DARIPADA MELAKUKAN PERGAULAN BEBAS
" Amar Makruf, Nahi Munkar "
| Date | 2009-11-09 |
| By | Junior PPI |
| Subject | kepimpinan baru |
web ni khas untuk kepimpinan 08/09 ke? sebab mesyuarat agung ogos 2009 kan dah lantik saf kepimpinan baru. kenapa nama mereka tiada. kalau tiada gambar pun apa salahnya letak nama mereka sebagai menghormati jawatan yg mereka pegang dan juga supaya ahli kenal
—————
| Date | 2009-11-09 |
| By | Wan al-Upehi |
| Subject | Re: kepimpinan baru |
Salam...
untuk pengetahuan saudara/i setakat ini, laman ini adalah untuk PPI. Tiada pengkhususan untuk sesiapa. Stakat ini PPI dalam proses kemaskini dan sedang merombak kembali strategi untuk sem yang mendatang. Justeru hal ini termasuklah juga dengan laman web ini. Kami memohon kemaafan andai web ini tidak sempurna, maklumlah sekarang musim exam serta sesawang laman web ini mengalami masalah untuk menukar atau membuat perubahan. Jadi harap bersabar kerana kami berusaha untuk memperbaiki web PPI ini.
How to make a free website :: Webnode